Monday 3 August 2015

KKIA Taman Sri Rampai sudah bertukar tempat 2015


Hmmm... KKIA ni tempat kita register n check-up semasa mengandung utk buat buku merah. Lepas bersalin, check-up baby pula. Kita kena register di tempat terdekat kita dan mereka akan jaga kawasan2 yg telah ditetapkan. So far, aku berpuas hati sepanjang chek-up di KKIA Sri Rampai. Servis ok. Lbh kurang je dgn private klinik. Doktor n nurse semua baik2... Lama nak tunggu? Hmm biasa la tu.. Kat klink swasta yg penuh org pun lama nak tunggu.. 3-4 jam pun aku pernah menunggu kat klinik swasta tau.. 



Buku Merah Klinik Kesihatan bagi ibu mengandung. Tapi ni bukan buku aku. Ni google je.Yg ada sticker hijau tu ada maksud.

Semalam aku bawak la anak aku ke Klinik Sri Rampai (Klinik ibu dan anak) utk ambil vaksin 1 tahun... Appointment dah buat. memikirkan kalau buat di Klinik Private pun kena ambil cuti, alang2 baik aku ke Klinik Kesihatan je. kena half day cuti gak. Klinik Sri Rampai ni terletak di tengah2 shoplot kedai. Mula2 pergi sini cam pelik juga. Sbb mcm x sesuai pulak klinik kerajaan di kawasan shoplot kedai tengah2 n kecil. Tapi bila dah selalu pergi aku rasa ok jgk. Senang aku minta hb just drop aku utk pergi n balik. X perlu hb aku tunggu. Ye la, kerusi limited and always full. Ramai lagi ibu2 mengandung yg x dapat duduk. Aku kesian bila tengok ibu2 yg perut dah besar n berat tapi terpaksa berdiri sbb kerusi xde. Nak tunggu turn pulak 2,3,4 jam... Aku pernah preggy, so aku faham perasaan itu... Biasa aku lepas register pergi lepak kedai mamak hujung tu breakfast lama2. So x terasa la lama menunggu...

KKIA Sri Rampai dulu. Tengah2 shoplot. Parking semua nasib je. Tapi bagi aku ok je.

Nak dijadikan cerita, sampai2 je KKIA yg aku biasa pergi, rupa2nya KKIA Sri Rampai dah berpindah ke Wisma Sri Rampai. Di tingkat 2. X jauh pun n dekat je. Pindah sejak 1 April. Maksudnya dah 4 bulan pindah. Aku pun ambil vaksin utk anak aku 5 & 6 bulan di Naluri. 


Tapi aku rasa mmg worse ar.... Mula2 kitorang kena parking kat basement. Hb aku pun cakap nak pergi sama2. Ok la.. Walaupun sebenarnya aku lagi suka hb aku just drop je. Lepas parking, kitorang pergi cari lift. Ada la one family ni pun tunggu lift jugak. Tapi dah lama dia cakap, rosak kot? So, family tu naik la tangga ngan anak kecil 2 tahun boleh jalan. Aku tunggu lagi lift sbb x larat rasa nak naik tangga. Yela, lift rumah aku pun dah seminggu rosak. Hari2 naik turun tangga je aku. Then, ada seorang ibu mengandung ni pun tunggu lift. Dalam 2-3 minit, aku rasa lift ni x bergerak. Aku pun kata kat hb, naik tangga jela. Sempat la aku tengok ibu mengandung tu perut dia besar jugak. Kesiannya nak kena naik tangga sampai 3 tingkat. Kataku dlm hati...Kitorang pun naik tangga.. Sampai kat level G, alhamdulillah ada eskeletor. Lega...



Masuk basement parking...

Keliling kawasan Wisma ni aku tengok semua kedai kosong. Hb aku pun ckp, nape la KKIA ni x pindah level bawah je. Sepanjang naik eskeletor tu, aku tengok ramai makcik2 trn tangga. N ada auntie cina tua ni terbongkok2 turun2 tangga. Sian... Aku terfikir jugakla... dari mana la auntie ni...



Ini dia Wisma Sri Rampai... Byk shoplot kosong. 


Perempuan2 mengandung n yg bawa anak kecil pun ramai. Yg tu aku tau la. Sbb tingkat 2 ada KKIA. Sampai je tingkat 2, tertulis la, Klinik Kesihatan Setapak. Oh, dah tukar nama rupanya... Hmm... dlm hati aku ckp, ramai giler org.... Mcm Sogo tgh buat Sale... Semua tengah berdiri... Nak register pun kena beratur panjang. 


Then aku pun jalan, ke bahagian ibu dan anak. Alhamdulillah, xdela sesesak bahagian pesakit luar. Rupa2nya, klinik KKIA sri rampai ni digabungkan sekali dgn Klinik pesakit luar Setapak. So makcik2 tua yg berjalan tu semua dari Tingkat 2 balik dari klinik kesihatan. Aku pun register n duduk. Tapi makin lama org makin ramai. Ramai ibu2 yg ada anak kecil dah x senang duduk. Mana x nyer... rupanya2 aircond xde. Rosak ke x tau lah.. Tapi ada kipas berdiri 1. Itupun dihalakan kepada nurse yg duduk bahagian registration. Bilik pegawai perubatan byk. Bezalah dgn KKIA kt Sri Rampai. Sana ada 1 je. Sini besar lg. So byk bilik pegawai perubatan, maksudnya sistem semakin baik n cepatlah kan? Aku fikir begitu... Dengan sabarnya aku menunggu... Appoinment aku jam 8.00 pagi. Aku dtg around 8.30 pagi sbb berpusing mencari tempat baru...


Sambil2 tunggu tu, aku tengok ada sorang ibu ni bawa baby dlm sebulan, 2... Ibu tu kejap2 halakan ke kipas berdiri yg 1 tu... Anak dia tgh tidur.. Sian... Baby2 lain pun dah nangis2.. Ramai pesakit2 yg kipas diri sendiri dan anak2 kecil yg start meragam kerana x selesa guna kertas.. Biasa la budak2 ni mana boleh tunggu lama2.. Aku yg suka panas ni pulak setelah menunggu hampir 2 jam tanpa apa2 panggilan utk timbang baby (hanya panggilan utk bayar registration RM1 selepas 1 jam menunggu), aku pulak dah rasa kepanasan. Panas kot dengan aircond x de. Kawasan terperap. Orang ramai. Aku rasa, kalau aku tengah preggy lagi, boleh pitam aku. Sbb panas tu dah buat aku pening2. Bahang.Hati pun panas jugak setelah lama menunggu... 


Bila nurse2 buka je pintu2 bilik pegawai kesihatan, terasa kesejukan aircond dr dalam bilik. Eh, ada pulak aircond. Kat luar xde aircond. Hmm...


Aku tengok2 ramai dh ibu2 n baby2 yg dah x senang duduk dan kepanasan. Bangun, jalan... Pujuk baby nangis... Anak aku pun dah mula meragam.. Beberapa kali gak aku n hb gilir pusing2... Aku dah rasa bengang pulak memikirkan sepatutnya klinik kerajaan ni lebih baik lah servis. Maksudnya, aku boleh terima lambat tu. Normallah, org ramai. Free service kan or kalau byr pon RM1 je... Tapi aku x boleh terima condition yg x selesa... Dah pindah tempat lebih besar tu, sepatut lebih baiklah kan? Nak kata lebih cepat, aku rasa dulu kat KKIA tempat lama, register ambil masa at least 15-30 minit.. Ni register pun dah berejam...


Last2 hb aku ckp, jom pergi Naluri jela. Aku pun kata, "Kena call dulu, takut vaksin x de stock." Biasa kalau nak ambil vaksin kat klinik ni, kita kena buat appoinment dulu sbb stock bkn sentiasa ada. Alhamdulillah... Klinik Naluri ada stock vaksin. 


Aku pun panggil nurse, tanya buku anak aku. Aku tanya, lama lagi ke? Dah dekat 2 jam tunggu, timbang baby pun belum. Kalau dulu kt KKIA lama, nak timbang berat kejap je. Lepas register, around 15 minit terus timbang. Yg lama tunggu turn ambil vaksin. Nurse pun cari buku aku n cakap, "X tau la berapa lama lagi. Sbb timbang pun belum". Aku cakap, "Xpela nurse.. saya nak balik je." Then aku pun ambil buku baby. Kitorang turun eskeletor sbb lift yg lain pun rosak juga. Byr parking RM4, kitorang bergerak ke Klinik Naluri. Dlm hati aku berkata n terfikir, kesian org2 yg x berkemampuan. Nak pergi klinik kerajaan pun kena byr parking RM4...  


Di Naluri, alhamdulillah, segala urusan siap dlm masa 15-20 minit. Sekejap sgt. Doktor pun lembut je... So far, doktor  kerajaan yg aku jumpa selama ini pun mostly baik2 n soft. Sbb tu aku suka dptkan khidmat di klinik or hospital kerajaan. Tapi tengok keadaan juga. Cam aku, boleh claim any medical kat company. So aku x kisah, nak pergi klinik swasta atau kerajaan. Yg diutamakan adalah masa.

Klinik Naluri Signboard lama color kuning..

Klinik Naluri Signboard baru color pinky... Parking kena double park or ikut nasib. So far ok la. Doktor (Ada sorang aku lupa nama. Belakang Bibi.) pun bagi parking belakang kereta dia. Tapi kena tau la kete mana.. hehe


Cuma kali ini, aku rasa serik pula nak ke KKIA tempat baru Sri Rampai ni.

N aku rasa tempat baru lagi worse drp tempat lama... Mungkin bagi mereka untuk menyeragamkan sistem. KKIA dan klinik kesihatan pesakit luar dapat digabungkan agar lebih sistematik. Tapi.....??

Kenapa x sesuai ruang klinik kesihatan di tingkat 2? Ni aku list kan...:


1. Bila lift rosak, ibu2 mengandung yg dah x larat nak berjalan tu terpaksa naik tangga or guna tenaga lebih nak berjalan sampai ke tingkat 2. Kalau kita dari basement, kira 3 tingkat. Berat ok nak bawa perut. Hanya yg pernah preggy je tau.  Dengan sakit kaki lagi, masalah kesihatan lain... Yg cepat pitam tu... Kalau pengsan tengah2 naik tangga tu mcm mana? Jangan nak cakap, "suami kan ada...".. X semua orang ada suami sentiasa di sisi ok... Aku yg x preggy n sihat ni pun termengah2 naik tangga n eskeletor. Bukan malas nak jalan... tapi jauh lagi perjalanan untuk hari tu...


2. Makcik2, pakcik2, nenek2 yg sakit2 terbongkok2 tu... Kesian tol tengok berjalan slow2 nak turun tangga.. Nak turun or naik eskeletor... Dah nama pun org sakit kan, mana lah larat nak guna tenaga lebih2 mcm org yg sihat walafiat tu...



Ok itu je aku nak cerita. Kesimpulannya, KKIA Sri Rampai dah berpindah. Hahaha..

6 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hai sis. Boleh share tak range harga kalau amek vaksin baby dekat klinik naluri tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Nad,
      Actual price x berapa ingat. Tapi yg sy ada survey harga at a few of Klinik Kanak2. Naluri a bit expensive than Klinik lain. Biasa sy ambil di Klinik pakar Kanak2 Desa Melawati Dr. Hasmawati. Range 150++... If Naluri range around 200++...

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete