Saturday 28 November 2015

Wanita dan soulmate

Perempuan ini memang unik. Hanya lelaki yang menghargai wanita sahaja yang akan melihat keunikan wanita ini suatu keistimewaan. Lelaki yang sukar atau belum memahami mungkin hanya akan memandang enteng tentang perempuan atau wanita. 

Yes, perempuan ni memang pelik. Suka bercakap, suka merajuk, suka membebel hal remeh temeh. Suka bercerita hal yang entah apa-apa, suka shopping, suka ketawa, suka menangis dan macam-macam lagi.. 

Ada perempuan yang bisa berdikari, yang bisa berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan seorang lelaki. Tapi tidak ramai seperti itu. Ada yang bergantung sepenuhnya kepada lelaki dan ada juga yang half-half. Half-half tu maksudnya, tidak dalam segala hal dia memerlukan lelaki. Hanya pekerjaan tertentu sahaja memerlukan lelaki. Perempuan seperti ini, boleh jadi mampu hidup tanpa lelaki jika ditakdirkan. 

Perempuan, bila sudah menjadi isteri seseorang, pastinya dalam hati sudah berazam untuk menjadi isteri yang baik dan terbaik untuk suaminya. Ingin menjadi ratu hati si suami. Pasti akan menjaga si suami sebaik-baiknya.. Semua wanita ini menjadi bidadari syurga untuk suaminya. Namun, keazaman itu tidak mustahil hilang ditelan arus dek pergolakan rumah tangga.. Hilang kerana hatinya tidak terjaga. Hatinya tidak dibelai. Hatinya tidak disentuh. Hatinya sering terluka. Ya, perempuan sememangnya punyai hati yang halus. Sensitif. Hati kering. Apabila hatinya yang halus itu sering dilukai, dicalari dengan kata nista atau perbuatan sang suami, lama-kelamaan cinta yang dahulunya mekar, indah, ianya akan membeku. Hati itu akan keras. Tiada lagi cinta yang selayaknya untuk sang suami.
Jika dahulunya si isteri sering bercakap atau bercerita dengan sang suami, tapi kini tiada lagi cerita yang entah apa-apa untuk didengari suami, si isteri hanya membisu dan hanya bercakap bila perlu dengan si suami, itu tandanya sayang si isteri telah tiada untuk sang suami.  Si isteri mungkin trauma, berasa suami tidak diperlukan lagi dalam kehidupan sehariannya, hanya meneruskan saki baki bersama sang suami sehingga waktu yang ditakdirkan. 

Ketahuilah bahawa kebahagiaan seorang wanita adalah paksi kebahagiaan sebuah institusi keluarga. Kerana itu, seorang wanita perlu mempunyai pekerjaan sendiri agar jika berlaku sesuatu di masa hadapannya, dia masih bisa teguh berdiri demi anak-anak yang tercinta. Janganlah terlalu mengharapkan ihsan daripada seorang lelaki yang kemudiannya akan mengungkit setiap pemberiannya pada wanita apabila berlaku sesuatu.

No comments:

Post a Comment