Hmm... Tiba2 di usia 30-an ini, setelah beberapa kali diajak kawan2 utk sambung study lagi, i dalm keadaan jiwa yang berkecamuk, i sudah mula terfikir, bagus juga sambung belajar. Boleh isi masa terluang... Sibukkan diri dengan perkara berfaedah...
Sambung PhD pula? Serius ke? Apa tujuan? macam kawan2 i bertujuan untuk mantapkan kerjaya.... Iyelah, diorang semua in lane education... Macam i ni, lane industry (Consultation, Oil & Gas)... Sambung minimum 3 years, kalau dapat habiskan awal, alhamdulillah...
I ni jenis kalau tengah sedih atau frustrated, i akan tiba2 jadi semangat nak belajar. Kalau orang lain frust ke apa, akan study tunggang-langgang. Tapi ni terbalik. Bila frust je, time tu la jadi rajin and fokus belajar... Siap dekan lagi masa beberapa sem Diploma and Degree... hihi.. Sebab i fikir nak take positive. Tak nak perkara yang dah jatuhkan i akan semakin menjatuhkan i... I mesti bangkit membela diri sendiri yang tak kebal ni....
Apa yang bestnya sambung belajar bersama kawan2 padahal buat tajuk berbeza?
1. Semangat... Benda ni paling penting nak habiskan saat-saat getir kita... Bila ada kawan2 yg susah bersama2 kita, sama2 saling memberi semangat, buat beban itu akan berkurangan... Buktinya, masa i sambung master dulu, bersama2 kawan2 juga... Alhamdulillah, sepanjang Diploma, Degree and Master, Allah kurniakan i kawan2 yang baik2, yang saling membantu, yang sama2 bersedih, sama2 berlapar, sama2 menangis... Terima kasih ya Allah... Syukur....
2. Idea.... Selain bantuan atau pendapat daripada supervisor, buah fikiran daripada kawan2 juga amat penting. kami akan sama2 berbincang tentang tajuk masing2. Memberi kritikan, brain wash masing2, memberi pendapat... Dan ia akan memberi kita ilham. Contohnya, bagaimana untuk mendapatkan data, bagaimana nak memproses data, method yang akan digunakan, bagaimana nak viva, bagaimana nak jawab soalan judges, tips2 yang boleh dikongsi bersama dan macam2 lagi.. Ini contoh aje... And memang syok bila kita berkumpul dengan kawan2 sambil membincangkan pelbagai isu2 yang boleh dikupas bersama...
3. Berkongsi masalah.... Contohnya, kita ada masalah dalam hal pembelajaran, masing2 boleh membantu dengan pelbagai daya kreativiti.
Dah habis belajar, dapat title Dr, nak kerja apa? Nak buat apa?
Soal ni, i tak ada terfikir lagi... Sebab alam pekerjaan dengan alam belajar very different... Yang cemerlang belajar, tidak semestinya cemerlang di alam pekerjaan. Begitulah sebaliknya, yang sering gagal dalam peperiksaan di universiti, tidak mustahil akan cemerlang di alam pekerjaan. Mungkin soal rezeki dan juga mungkin soal our soft skills...
Bila nak sambung belajar?
InshaAllah tahun ini... Walaupun kerajaan sudah tarik balik banyak pembiayaan untuk education, i dan kawan2 akan cuba apply MyBrain and grant dari kementerian. Mungkin MOSTI yang berkaitan dengan bidang kami... InshaAllah jika ada rezeki...
Tapi tak tahulah kalau i tiba2 berubah fikiran pula... hehehe... Bukan mudah nak beri komitmen 3-4 tahun bagi research ni... kalau tidak kuat semangat, berhenti separuh jalanlah jawabnya...
Harap2nya, Allah memberi petunjuk kepada i berkenaan menyambung belajar ini... I pun tak pasti adakah ia baik untuk i atau tidak... I harap andai i jadi sambung PhD, semoga i dapat menghasilkan satu research yang berkualiti dan berguna untuk negara kita... Boleh dijadikan rujukan oleh pakar2 lain di masa akan datang... Amin....
Menarik artikel dikongsi..btw saya merupakan RA atau pembantu kajian.Jika ada perlukan bantuan utk penulisan jurnal/mencari jurnal,thesis writing SPSS dan sebagainya juga menulis untuk buku dan novel bolehla hubungi saya 0166371460.Mana tahu nak upah kan..boleh berbincang nt.
ReplyDelete