Monday 23 May 2016

Ringkasan 25 Rasul

RINGKASAN 25 RASUL


NABI ADAM AS - Manusia pertama & terciptanya Hawa. Diperintah turun ke bumi kerana godaan syaitan.

NABI IDRIS AS - Tidak mahu keluar daripada syurga. Tertinggal kasut.

NABI NUH AS - Bahtera Noah. Kaumnya dilanda banjir besar.

NABI HUUD AS - Kaum Aad, tubuh badan sasa, kaya hasil bumi, subur tanaman. Kaumnya dibinasakan dengan angin taufan.

NABI SHOLEH AS - Kaum Tsamud. Membunuh unta betina warna keemasan. Kaumnya dibinasakan dengan petir.

NABI IBRAHIM AS - Dibakar oleh Raja Namrud hidup-hidup dengan api yang sangat besar tetapi api tidak membakarnya. Ayahnya pembuat berhala. Beliau menghancurkan semua berhala ketika ada keramaian dan mengatakan patung besar yang menghancurkannya. (Babylon)

NABI ISMAIL AS - Putera Siti Hajar. Ditinggalkan oleh bapanya Nabi Ibrahim bersama ibunya di tengah2 padang pasir. Terpancutnya air zam-zam dan bermulanya saei dari Bukit Safa dan Marwah. Diuji untuk menjadi korban dan bermulanya Hari Raya Qurban.


NABI LUTH AS - Kaum Sadum Gay. Kaumnydibinasakan dengan batu ‘api neraka’ dan buminya dibalik (bagian atas ke bawah)


NABI ISHAQ AS - Putera Siti Sarah, bapa Nabi Ibrahim. Siti Sarah hamil ketika berusia 90 tahun.


NABI YA'KUB AS - Putera Nabi Ishaq. Mmpunyai kembar bernama Ishu yang cemburu dengannya. Berhijrah le Iraq dan berkahwin dengan Laiya dan Rahil, kakak dan adik dan dikurniakan 12 belas anak. Yusuf dan Benyamin anak Rahil.


NABI YUSUF AS - Putera ke-7 Nabi Yaaqub dan sangat disayangi bapanya. Dicemburui adik-beradiknya dan dibuang di dalam perigi kering. Sangat tampan.  Digoda dan difitnah oleh Zulaikha, isteri majikannya dan dimasukkan di dalam penjara. Berkebolehan mentafsir mimpi dan diangkat menjadi wakil Raja Mesir dan berkahwin dengan Zulaikha, janda majikannya.

NABI SYU'AIB AS - Kaum Madyan (Syam). kaum dihancurkan Allah dengan pans terik matahari, ribut taufan dan gempa bumi.

NABI AYYUB AS - Diuji dengan musibah menjadi miskin, anak2 mati, berpenyakit. Digoda syaitan namun masih sabar dan taat kepada Allah.


NABI DZULKIFLI AS - Solat 100x sehari.  Putera Ayyub. Zulkifli (Yg dibebani tugas)

NABI MUSA AS - Keturunan bani Israil. Dijaga oleh Aisyah isteri Firaun. Mukjizat: Tongkat menjadi ular besar. Membelah lautan dengan tongkatnya dan Firaun mati di dalam lautan bersama pengikut-pengikutnya.


NABI HARUN AS - Bijak berbicara. Samiri mengajak menyembah sapi emas. Berjumpa dengan Allah di Bukit Thur.


NABI DAUD AS - Kota Baithelhem. Bani Israil. Berkahwin dengan anak Raja Thalout. Dicemburui oleh bapa mertuanya kerana disanjung tinggi dan bimbang kekuasaannya tergugat tetapi akhirnya diangkat menjadi Raja. Hari Sabtu diangkat sebagai hari beribadat tanpa sebarang pekerjaan. Tetapi penduduk Ailat tetap menangkap ikan pada hari Sabtu. Lalu Allah menimpakan gempa bumi. Diturunkan kitab Zabur.


NABI SULAIMAN AS -  Anak Nabi Daud. Menguasai jin dan haiwan. Berkahwin dengan Balqis, ratu Saba'. 


NABI ILYAS AS - Damascus. Kaumnya dilanda banjir besar dan kebuluran. apabila Nabi Ilyas memohon keampunan, kerana penduduk bertaubat, barulah bencana dihentikan Allah. Hilang secara misteri.


NABI ILYASA' AS - Mukjizat: Menghidupkan orang yang telah mati. Bani israel. Keturunan Musa, Harun, Ilyas. Bencana kemarau yang luar biasa.


NABI YUNUS AS - Dimakan ikan yu.  Memimpin kaum Ninawa.


NABI ZAKARIA AS  - Bani israil. Nabi Zakaria adalah bapa Nabi Yahya. Isterinya mengandungkan Nabi Zakaria ketika usia lanjut 90 tahun. 


NABI YAHYA AS - Bani Israil. Anak Nabi Zakaria. Dipenggal kepala oleh Hirodus penguasa Palestin. 


NABI ISA AS - Bani Israil. Diutus Injil. Ibu Mariam dan tiada bapa. Mukjizat, menyembuhkan penyakit seperti buta, kusta dll. Diangkat allah ke langit. 


NABI MUHAMMAD SAW - Bani Hashim. Lahir pada 12 Rabiul Awal, tahun gajah di Mekah. Dilamar Khadijah, 40 ketika berusia 25. Menerima wahyu ketika berumur 40 tahun. Wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah/632M.



Sunday 3 April 2016

Jus Goyang Rapat by RCW

Hi olls...

Ini product wajib cuba... So far, i tengok bahan2nya, i rasa macam product D'Herbs pula. Tapi D'Herbs rasa jamu.. Tak sedap... Yang ni rasa laici.. Sedapp...
Apa2 product pun okay asal berkesan dengan badan kita... Tol tak?

Kebaikannya:
  1. Menstabilkan hormon
  2. Memberi tenaga dalaman dan menguatkan rahim kpd yg selalu keguguran
  3. Mempercepatkan luka bersalin dan luka pembedahan
  4. Mengecutkan peranakan
  5. Vagina lebih grib dan tidak kering
  6. Menegangkan payudara
  7. Awet muda
  8. Mengurangkan sakit senggugut
  9. Merawat keputihan
  10. Menghilangkan masa lesu dan sakit badan
Ramuannya:
  1. Kacip Fatimah 
  2. Pueraria Mirifica
  3. Kurma
  4. Ginseng
  5. Kunyit 
  6. Pegaga
  7. Buah Manjakani
  8. Buah Roselle
Cara pengambilan:

  1. 2 sudu pagi
  2. Minum banyak air suam/panas
Pantang larang
  1. Ibu menyusu boleh minum Jus Goyang Rapat
  2. Berperisa Laici
  3. Ibu mengandung tidak digalakkan
  4. Perlu disimpan dlm peti sejuk selepas dibuka







          Harga SM: RM45.00
          Postage SM: RM6.00

          Wassap me: 019-6330506
          Ig: precious_rcw_morgana.kl




          Monday 28 March 2016

          Sambung PhD dengan kawan2?

          Hmm... Tiba2 di usia 30-an ini, setelah beberapa kali diajak kawan2 utk sambung study lagi, i dalm keadaan jiwa yang berkecamuk, i sudah mula terfikir, bagus juga sambung belajar. Boleh isi masa terluang... Sibukkan diri dengan perkara berfaedah...

          Sambung PhD pula? Serius ke? Apa tujuan? macam kawan2 i bertujuan untuk mantapkan kerjaya.... Iyelah, diorang semua in lane education... Macam i ni, lane industry (Consultation, Oil & Gas)... Sambung minimum 3 years, kalau dapat habiskan awal, alhamdulillah...

          I ni jenis kalau tengah sedih atau frustrated, i akan tiba2 jadi semangat nak belajar. Kalau orang lain frust ke apa, akan study tunggang-langgang. Tapi ni terbalik. Bila frust je, time tu la jadi rajin and fokus belajar... Siap dekan lagi masa beberapa sem Diploma and Degree... hihi.. Sebab i fikir nak take positive. Tak nak perkara yang dah jatuhkan i akan semakin menjatuhkan i... I mesti bangkit membela diri sendiri yang tak kebal ni....

          Apa yang bestnya sambung belajar bersama kawan2 padahal buat tajuk berbeza?

          1. Semangat... Benda  ni paling penting nak habiskan saat-saat getir kita... Bila ada kawan2   yg susah bersama2 kita, sama2 saling memberi semangat, buat beban itu akan       berkurangan... Buktinya, masa i sambung master dulu, bersama2 kawan2 juga... Alhamdulillah, sepanjang Diploma, Degree and Master, Allah kurniakan i kawan2 yang baik2, yang saling membantu, yang sama2 bersedih, sama2 berlapar, sama2 menangis... Terima kasih ya Allah... Syukur....

          2. Idea.... Selain bantuan atau pendapat daripada supervisor, buah fikiran daripada kawan2 juga amat penting. kami akan sama2 berbincang tentang tajuk masing2. Memberi kritikan, brain wash masing2, memberi pendapat... Dan ia akan memberi kita ilham. Contohnya, bagaimana untuk mendapatkan data, bagaimana nak memproses data, method yang akan digunakan, bagaimana nak viva, bagaimana nak jawab soalan judges, tips2 yang boleh dikongsi bersama dan macam2 lagi.. Ini contoh aje... And memang syok bila kita berkumpul dengan kawan2 sambil membincangkan pelbagai isu2 yang boleh dikupas bersama...

          3. Berkongsi masalah.... Contohnya, kita ada masalah dalam hal pembelajaran, masing2 boleh membantu dengan pelbagai daya kreativiti.

           Dah habis belajar, dapat title Dr, nak kerja apa? Nak buat apa?

          Soal ni, i tak ada terfikir lagi... Sebab alam pekerjaan dengan alam belajar very different... Yang cemerlang belajar, tidak semestinya cemerlang di alam pekerjaan. Begitulah sebaliknya, yang sering gagal dalam peperiksaan di universiti, tidak mustahil akan cemerlang di alam pekerjaan. Mungkin soal rezeki dan juga mungkin soal our soft skills... 

          Bila nak sambung belajar?

          InshaAllah tahun ini... Walaupun kerajaan sudah tarik balik banyak pembiayaan untuk education, i dan kawan2 akan cuba apply MyBrain and grant dari kementerian. Mungkin MOSTI yang berkaitan dengan bidang kami... InshaAllah jika ada rezeki...
          Tapi tak tahulah kalau i tiba2 berubah fikiran pula... hehehe... Bukan mudah nak beri komitmen 3-4 tahun bagi research ni... kalau tidak kuat semangat, berhenti separuh jalanlah jawabnya...

          Harap2nya, Allah memberi petunjuk kepada i berkenaan menyambung belajar ini... I pun tak pasti adakah ia baik untuk i atau tidak... I harap andai i jadi sambung PhD, semoga i dapat menghasilkan satu research yang berkualiti dan berguna untuk negara kita... Boleh dijadikan rujukan oleh pakar2 lain di masa akan datang... Amin....





          Wednesday 9 March 2016

          Landsoft dalam kenangan... Miss that moments...

          Hi.... Assalamualaikum...

          Tiba-tiba rasa nak sematkan memory mengenai my tempat kerja lama... Masa ni umur baru 20an... Muka lepas Grad U... hehe
          Dalam banyak2 tempat kerja yg i rasa antara yg bermakna iaitu tempat ke-2 bekerja di Landsoft... Company License land Surveyor based on Software Survey. So, i kerja in software survey. Pure survey ni....
          Syukur... di sini i mendapat teman sekerja yg baik, environment yg tenang, boss ok... Kerja yg banyak belajar... belajar mengenai survey software, programming sikit behind the software, Field survey, Class Presentation... KOJUTA..How to solve a problem work...and banyak lagi!

          And paling x boleh lupa my partner work, Kayvie! Serious i love so much work with her... Dia sgt cool, baik, very helpful, teamwork, x lokek ilmu and semua yg baik2 la... That's why i'm so enjoy work with Landsoft and her... Bagi i, dia adalah salah seorang kawan baik i ketika di sana... I will never forget her... Dalam hati, timbul rasa sayang dapat kawan sekerja sebaik dia...

          Seriously, i rasa enjoy and happy dapat bekerja dengan pelbagai bangsa. (Chinese). There're very serious in work, good in work, proper, kalau ada buat salah, just admit it... Tak ada nak salahkan orang lain ke, nak mengumpat ke... Masing2 saling membantu antara satu sama lain. Always say thank you. And alhamdulillah i rasa diorang the best. Syukur.... I langsung tak ada masalah mengenai emosi sepanjang bekerja di sini... So far, i rasa banyak belajar budaya2 kerja yg baik di sini... Ilmu pun banyak juga ditimba daripada kwn2 especially Kayvie. Kayvie memang very expert and pandai dalam Cadastral Survey. Dia power... Serius! 

            

          I and Kayvie di hari2 terakhir bekerja di Landsoft. We all sebelah meja... 

          Kayvie and her gadgets and survey equipment... Power!

                
          Siew Fang (Fionne) yg cantik. Sebelah Meja i... She's work in GIS part. I plak in Survey part.


              
          Kiri: Edward, Mr. Yap (My boss) and Kayvie. masa ni last day i bekerja. Mr. yap belanja we all makan at Chillis sempena my farewell.  Thanks belanja Mr. yap!!!

          Mr. yap and Kayvie kata i work very well and proper. Thank you 2x for your judge.. :)

          Dari kiri: Kayvie, Liyana and Jennifer (Programmer)

          Liyana atau i panggil K.Yana, dia yg replace position i after my resignation. Jennifer is a Programmer for survey software.

          K. Yana, i and Edward. Edward ni sebelah meja i... dari mula masuk kerja, dia cakap nak resign, tapi finally, i yang resign dulu... hahahaha

          Okay, yg bawah ni pula with MapIT group. Bukan Landsoft.. Tapi we all still under same company... Cuma tidak bekerjasama je... Tapi any activities and lunch sama2...

           
          K. Ina... I rasa, i paling close dengan K. Ina... K. Ina, I miss you!


          With MapIT staff... Dari kiri: Syera, Che La, (Lupa), Sumie, K.Yana, K.ina and i.
          Dari kiri bawah: Fatin, (Lupa 2 org lagi) Sorry!!! hahaha

          We all different group company and department but under same company. 

          Ms. Chan yg pretty...

          Okay...Cukup setakat ini... Gambar2 memang banyak. Tapi i tak upload la semua... 
          Hanya sekadar mengenang memori ketika berusia 26 and 27 tahun bekerja di sini... 2011-2012.

          I kerja di sini after grad Master. Thanks Mr. yap sudi ambil i be your staff!
          Almost 2 years work in there. Apepun, thanks to Landsoft coz sudi memberi i peluang bekerja dan menimba ilmu di sana... Landsoft memang terbaik! Semoga lebih maju di masa2 akan datang.... And semoga one day kita akan bekerjasama lagi!

          Thanks so much to all my friends... Kawan2 semua baik2... Semua sporting... And i'm sorry kalau ada salah dan silap tanpa sengaja sepanjang kita berkawan...

          To K. Ina: Dah lama x lepak sama2. Nak cit cat. Miss you kak!
          To Kayvie: Love you babe! You are the best and always be the best!
          To Siew Fang: Lama x cit cat... Where're you now?
          To Edward: You kerja sana lagi x? hehe
          To Mr. yap, My boss: How are you Mr. Yap? Hope you get a healthy life and happiness ya....

          Love you all and my work, my passion... 
          Love survey work...
          Love GIS work...
          Thanks.... :)









          Monday 7 March 2016

          Rawatan Sonotron untuk jangkitan saluran pernafasan

          Hi all...

          Today i nak share sedikit mengenai rawatan sonotron. SONOTRON tau. Bukan sinetron drama Indonesia tu... 

          So far, dah 3 minggu anak i batuk berkahak since balik dari bercuti di Krabi. Mana tidaknya, the whole day in Krabi, anak i berendam dalam air je. Pagi mandi pantai, tengahari mandi swimming pool, petang mandi Hot spring waterfall, lepas mandi waterfall, singgah mandi di Emerald Pool (tasik) and lastly malam mandi dlm bath tab. Memang anak i obses dengan air. That's why seharian di Krabi i bagi chance utk dia mandi sepuas2nya... Balik KL, memang i control.

          Time tidur je, ada dengar anak i batuk2 ckit. Nafas pun berbunyi. Since i ada terbaca in google/blog2 mengenai Sonotron treatment and kebetulan klinik yg ada menyediakan Sonotron tu depan rumah MIL, so we'll decided nak try Sonotron.


          Inilah dia Sonotron equipment

          Rawatan sedang dijalankan oleh doktor. Doktor sedang dijeling oleh si kecil. hihi

          Malam tu kami suami isteri bawa si comel kesayangan kami ke Klinik Keluarga Dr. Khadzali di AU5, Lembah Keramat. Booking jam 7.30pm, jam 11.10pm baru dapat jumpa doktor. Lamanya.... Orang ramai nak dapatkan rawatan di klinik ni. Rawatan around 20 minutes. Mula2 doktor check dada dulu, dengar bunyi kahak. Doktor kata byk kahak. Rawatan ni menggunakan gelombang dan sedikit panas. Alat ni ada bunyi sedikit. Utk mengelakkan si comel menangis, kena pandai2lah pujuk baby masa tengah buat rawatan tu. Macam hubby i, dia hilangkan fokus dengan tiup belon. Rawatan ini akan mencairkan kahak/lendir dan lendir ini akan keluar melalui najis. Treatment charge RM55 + RM15 (Oil utk sapu di dada anak sebelum tidur). 

          Sambil2 rawatan diberikan, Dr. Khadzali beri tips yg perlu diamalkan utk anak2 yg mudah terkena bronchitis/kahak/selesema:

          1. Mandi menggunakan air suam. Tidak boleh air sejuk.
          2. Sensitif dengan habuk, karpet, kucing, pool dan yg seangkatan dengannya. So kena elakkan dan cuba membuat cegahan.

          Alhamdulillah, since malam tu, sudah tidak kedengaran lagi bunyi kahak bila anak kesayanganku ini tidur. Tiada batuk2 lagi... Kalau tau rawatan ini sesuai utk anak kami, dari awal lagi kami ambil treatment. And kalau tau, dari baby lagi buat Sonotron. Memang kalau boleh, kami nak elakkan ubat-ubatan utk intan payung kami ni. Coz baby lagi. Kesian nak bagi telan ubat mcm2. Doktor kata, kalau kahak berbunyi lagi, kena continue rawatan. Jika tidak, tidak perlu datang lagi. No package. Klinik ni i suka. Harga pun berpatutan.

          Info lain sebagai tambahan, rawatan Sonotron ini juga boleh merawat penyakit2 lain seperti:
          • Bronkitis (Jangkitan saluran pernafasan)
          • Selesema/kahak/batuk
          • Stroke
          • Gout
          • Asma (Lelah)
          • Kayap/Ekzema/Kudis
          • Sakit Pinggang/Pinggul
          • Sakit siku/jari/lengan
          • Migrain
          • Angin ahmar (Strok)
          • Resdung
          • Sakit sendi lutut
          • Kaki terseliuh
          • Bengkak pada tapak kaki
          • Luka
          • Ulser
          • Masalah kulit/ jerawat
          • Gastrik


          Alamat lokasi antara klinik2 yg menyediakan perkhidmatan sonotron ini:

          Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali

          No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang, 
          54200 Kuala Lumpur. 
          Tel: 03 – 41083716
          Isnin-Khamis (9 pagi-1 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-1 mlm)
          Jumaat (9 pagi-12 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-1 mlm)
          Sabtu (9 pg-1 tgh), Ahad (7 ptg – 1 malam)

          AN-NUR SPECIALIST HOSPITAL
          No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
          43650 Bandar Baru Bangi,
          Selangor Darul Ehsan.
          Tel: +603 8926 6060 | Fax: +603 8926 6067

          Klinik Dr Fauziah
          No 15, Jalan 2a/1, Off Jalan Ulu Yam Bandar, 
          Baru Selayang Fasa 2a, 68100 Batu Caves, Selangor. 
          Tel: 03-61890753.

          Klinik buka setiap hari kecuali hari Ahad.

          Before pergi, i cadangkan call terlebih dahulu supaya pergi tidak sia2 bagi yg jauh. Thanks to others blog yg update dan berkongsi ilmu mengenai Sonotron.
          All the best!

          Perfume Precious by RCW and Lotion Putih Ajaib by RCW

          Hi uolls...

          I ada new hot items from RCW nak cerita and promote sikit....

          Artis kita yg jelitawan Rozita Che Wan tu dah ada keluarkan produk kecantikan sendiri...
          I dah test perfume and lotion. Serius wangi. Ada 2 jenis, Precious and Gorgeous. Bau jenis floral, Vanilla + Roses... So i tak teragak2 la nak mengedarkan produk ini selain faktor nak support produk tempatan and yg paling penting, i memang minat dia... Minat coz dia pandai jaga kecantikan diri even umur dah 40-an... Hal2 lain yg negative peminat2 dia suka kritik tu, i tak ambil pusing... Sebab i fikir, nobody is perfect... Jangan asyik pandang buruk org je ok... Setiap manusia pasti ada kelemahan dan keburukan... Yg penting, Allah lebih tahu...

          Okaylah... Tak nak cerita pasal Cheta tapi nak cerita pasal produk dia yg hot ni... Taraa...

          Perfume and Lotion

          Harga Precious Perfume SM: RM29.90
          Harga Lotion SM: RM35.90
          Postage SM: RM6.00

          Wassap me: 019-6330506
          Ig: precious_rcw_morgana.kl

          Memandangkan sekarang i dah jadi mini stokis for RCW product Wangsa Maju/Setiawangsa area, i sangat mengalu-alukan sesiapa yg berminat nak menambah pendapatan menjadi agent RCW bawah i...

          Don't worry, harga mampu milik je babe. Biz santai2 je... Nak biz full time pun boleh... Lagi masyuk...

          Yg berminat boleh contact or wassap i... 019-6330506 (Stokis Ajai Morgana)

          Apepon thanks kawan2 yg support beli kat i... Syg korang semua... :)


          Saturday 28 November 2015

          Wanita dan soulmate

          Perempuan ini memang unik. Hanya lelaki yang menghargai wanita sahaja yang akan melihat keunikan wanita ini suatu keistimewaan. Lelaki yang sukar atau belum memahami mungkin hanya akan memandang enteng tentang perempuan atau wanita. 

          Yes, perempuan ni memang pelik. Suka bercakap, suka merajuk, suka membebel hal remeh temeh. Suka bercerita hal yang entah apa-apa, suka shopping, suka ketawa, suka menangis dan macam-macam lagi.. 

          Ada perempuan yang bisa berdikari, yang bisa berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan seorang lelaki. Tapi tidak ramai seperti itu. Ada yang bergantung sepenuhnya kepada lelaki dan ada juga yang half-half. Half-half tu maksudnya, tidak dalam segala hal dia memerlukan lelaki. Hanya pekerjaan tertentu sahaja memerlukan lelaki. Perempuan seperti ini, boleh jadi mampu hidup tanpa lelaki jika ditakdirkan. 

          Perempuan, bila sudah menjadi isteri seseorang, pastinya dalam hati sudah berazam untuk menjadi isteri yang baik dan terbaik untuk suaminya. Ingin menjadi ratu hati si suami. Pasti akan menjaga si suami sebaik-baiknya.. Semua wanita ini menjadi bidadari syurga untuk suaminya. Namun, keazaman itu tidak mustahil hilang ditelan arus dek pergolakan rumah tangga.. Hilang kerana hatinya tidak terjaga. Hatinya tidak dibelai. Hatinya tidak disentuh. Hatinya sering terluka. Ya, perempuan sememangnya punyai hati yang halus. Sensitif. Hati kering. Apabila hatinya yang halus itu sering dilukai, dicalari dengan kata nista atau perbuatan sang suami, lama-kelamaan cinta yang dahulunya mekar, indah, ianya akan membeku. Hati itu akan keras. Tiada lagi cinta yang selayaknya untuk sang suami.
          Jika dahulunya si isteri sering bercakap atau bercerita dengan sang suami, tapi kini tiada lagi cerita yang entah apa-apa untuk didengari suami, si isteri hanya membisu dan hanya bercakap bila perlu dengan si suami, itu tandanya sayang si isteri telah tiada untuk sang suami.  Si isteri mungkin trauma, berasa suami tidak diperlukan lagi dalam kehidupan sehariannya, hanya meneruskan saki baki bersama sang suami sehingga waktu yang ditakdirkan. 

          Ketahuilah bahawa kebahagiaan seorang wanita adalah paksi kebahagiaan sebuah institusi keluarga. Kerana itu, seorang wanita perlu mempunyai pekerjaan sendiri agar jika berlaku sesuatu di masa hadapannya, dia masih bisa teguh berdiri demi anak-anak yang tercinta. Janganlah terlalu mengharapkan ihsan daripada seorang lelaki yang kemudiannya akan mengungkit setiap pemberiannya pada wanita apabila berlaku sesuatu.